Tular Video Cubaan Bunuh Wanita, Polis Sahkan Suspek Sudah Ditangkap

Entertainment
8 Aug 2024 • 10:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular sebuah video di platform X, di mana seorang lelaki dilihat cuba untuk membunuh seorang wanita dengan menggunakan pisau.

Dia melakukan perkara itu di sebuah pasar raya yang terletak di Bagan Ajam, Pulau Pinang. Dalam video itu, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan meletakkan pisau di leher wanita itu meskipun sudah dikerumuni orang ramai.

Dapat dilihat juga tompokan darah dipercayai daripada mangsa sebelum lelaki itu ditahan oleh orang ramai serta polis.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberaang Perai Utara, Pulau Pinang menerusi satu kenyataan media mengesahkan tangkapan suspek dan menyatakan lelaki itu merupakan bekas teman lelaki mangsa.

“Mangsa telah diserang oleh suspek dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada jari kelingking semasa bergelut.

Suspek berjaya ditangkap oleh orang awam, tangkapan semula telah dibuat oleh anggota MPV Butterworth terhadap suspek” tulisnya.

Dalam pada itu, polis memberitahu kes disiasat di Bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan dan tindakan menuduh suspek akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved