Tular video dakwa bumbung LRT Kelana Jaya bocor?

15 May 2024 • 12:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular satu video mendakwa sebuah tren Transit Aliran Ringan Laluan Kelana Jaya atau LRT Kelana Jaya bocor di bumbung sehingga air masuk terkena penumpang.

Menerusi satu perkongsian di platform Xiaohongshu, seorang pengguna telah memuat naik video menunjukkan air sedang masuk ke dalam gerabak tersebut.

LRT Kelana Jaya bocor?

Situasi itu menimbulkan rasa panik terhadap beberapa penumpang LRT berkenaan dan mereka mengambil keputusan untuk meninggal gerabak yang bocor itu.

Namun pada masa sama, video berdurasi empat saat itu turut memaparkan beberapa penumpang lain yang tidak berganjak semasa kejadian tersebut.

image is not available

Menerusi tinjauan di media sosial, video tersebut ada dimuat naik semula oleh Oriental News dan menerusi perkongsian itu, dipercayai kejadian tersebut bermula dari Stesen Universiti.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di beberapa platform lain, rata-rata warga maya memberikan respon gurauan terhadap insiden tersebut.

Tak boleh kalah dengan air terjun di Lapangan Terbang Singapura

image is not available

LRT Kelana Jaya bocor, pengalaman yang menarik ni

image is not available

Malaysia terlalu panas untuk aircon, ini teknologi baru

image is not available

Sambungkan LRT dengan taman air Malaysia

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen menyuarakan kerisauan mereka terhadap kejadian itu kerana ia boleh membahayakan keselamatan penumpang.

Ini lagi teruk dari kejadian di LRT sebelum ni

image is not available

LRT guna elektrik, memang bahaya kalau kena air

image is not available

Tidak cukup dengan itu, netizen turut menyamakan kejadian ini dengan insiden yang berlaku di Stadium Old Trafford, Manchester, England yang turut mengalami kebocoran baru-baru ini.

Sama dengan Old Trafford

image is not available

image is not available

Stesen berikutnya, Old Trafford

image is not available

Namun begitu, tiada maklumat lanjut diperolehi selain belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak RapidKL berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Xiaohongshu, Facebook Oriental Daily, Reddit