Tular Video Dewi Sentuh Rambut Jofliam, Netizen Persoal – “Wow Mesranya Boleh Pegang Macam Tu, Dia PA & MUA Ke?”

LocalEntertainment
4 Oct 2024 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak beberapa hari lalu, tular berita mengenai usahawan pembuat pizza dikenali ramai iaitu Jofliam didakwa berlaku curang terhadap isteri, Cik Epal dan dikatakan orang ketiga itu merupakan pekerja Jofliam yang bernama Dewi.

Biarpun kedua-dua pihak menafikan mempunyai hubungan mesra, tetapi terbaru, di platform Threads tular video memaparkan Dewi dan Jofliam hadir ke satu majlis di Milan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Lagi membuatkan netizen tertanya-tanya apabila Dewi kelihatan terlalu rapat dengan Jofliam, di mana wanita itu boleh menyentuh dan betulkan rambut majikan tanpa rasa janggal.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen persoalkan hubungan majikan dan pekerja yang terlalu rapat hingga boleh melakukan hal sedemikian.

image is not available
image is not available
image is not available

Malah, ada juga yang tertanya-tanya kenapa perlu membawa staf perempuan menemaninya ke luar negara, sedangkan Jofliam mempunyai staf lelaki.

image is not available 1 day ago

Pekerja Kedai Pizza Jofliam Akui Ada Akaun Palsu TikTok Menyamar Sebagai Dirinya - “Saya Tak Pernah Bagi Kenyataan”