Jofliam Terkilan Cik Epal Tak Keluarkan ‘Statement’ Untuk Redakan Keadaan – “Kalau Betul Saya Curang, Mesti Dia Dah Tinggalkan Saya…”

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh yang sedang hangat menjadi bualan, Jofliam akui berasa terkilan dengan sikap isterinya, Cik Epal yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk meredakan keadaan.

Tegas usahawan berusia 36 tahun itu lagi, dia tidak pernah berlaku curang seperti yang dituduh oleh masyarakat dan dia seorang ‘family man’ yang sangat menyayangi keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Kalau dia betul sayang saya, sekurangnya boleh dia keluarkan statement untuk meredakan keadaan. Siapa kenal saya, saya seorang yang menjaga keluarga saya. Kalau yang ‘jentik’ pun saya orang pertama kena pertahankan.

Saya tak pernah curang, setelah isu ini berlaku, dia yang datang promosi pizza, dia yang nak ‘tackle’ saya semula. Kalau betul saya curang mesti dia sudah tinggalkan saya.

image is not available

Ditanya jika dia mahu selamatkan rumah tangganya, Jofliam berkata dia kini lebih kepada mahu mementingkan perasaannya sendiri.

Saya tengok keadaan, dalam masa empat bulan saya cari orang yang faham saya, tiada siapa yang mendengar keluhan saya. Saya merayu nak jelaskan, bila dah terjadi baru nak dengar. Sesiapa yang nak sayang saya, jaga hati saya, terpulanglah.

Jofliam teruk dikecam di media sosial dan didakwan mencurangi isterinya dengan seorang pekerja dikenali sebagai Dewi. Malah netizen turut ‘menyiasat’ setiap apa yang dikongsikan Jofliam dan Dewi semasa ke Milan atas urusan kerja.

image is not available 24 hours ago

Teruk Dihentam Kerana Dituduh Skandal Jofliam, Dewi Minta Jangan Kecam Keluarganya - “Saya Terima Semua Kecaman Kecuali...”