Tular Video Dipercayai Pelajar Sekolah Berdua-Duaan Di Padang Awam

28 Oct 2025 • 5:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu rakaman video berdurasi kira-kira 15 saat yang memaparkan aksi dipercayai kurang sopan melibatkan dua pelajar sekolah menengah di Dataran Pahlawan, Melaka, mencuri perhatian ramai selepas tular di media sosial hari ini.

Pelajar sekolah baring di padang

Menurut laporan Malaysia Gazette, menerusi klip berkenaan, kelihatan seorang pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah berwarna putih sedang berbaring di atas padang awam di kawasan tersebut.

image is not available

Tidak jauh daripadanya, seorang pelajar perempuan bertudung yang turut memakai pakaian sekolah dilihat menunduk sambil berbual dengan remaja berkenaan.

Sudut rakaman video itu bagaimanapun menampakkan situasi seolah-olah pasangan berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam sehingga mengundang pelbagai tanggapan dalam kalangan pengguna media sosial.

Tindakan mereka turut mengundang kecaman ramai yang menyifatkan perbuatan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar sekolah, apatah lagi di kawasan terbuka yang sering menjadi tumpuan umum.

image is not available

Rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian itu serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kedua-dua pelajar terbabit supaya perkara sama tidak berulang.

Buat masa ini, pihak media difahamkan sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung masa dan tarikh sebenar kejadian itu dirakamkan.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)