Tular video disyaki pelajar MRSM kasari rakan asrama, Asyraf Wajdi laung amaran!

LocalPolitics
7 Apr 2025 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki melaungkan amaran kepada beberapa individu selepas tular video disyaki pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dipercayai mengasari rakan asrama.

Tular video disyaki pelajar MRSM

Menerusi hantaran Asyraf di Facebook, beliau telah meminta agar pegawai penyiasat untuk segera melakukan siasatan jika benar kejadian tersebut berlaku di MRSM.

image is not available

Video disyaki pelajar MRSM ‘henyak’ rakan di katil asrama?

Perkara ini susulan tularnya video seorang pelajar yang dikasari rakan-rakan seusia di katil sebuah asrama dipercayai berlaku di sebuah MRSM di Pulau Pinang berdasarkan keterangan kapsyen.

Tegas Asyraf Wajdi, pihak MARA sama sekali tidak akan berkompromi dengan gejala buli lebih-lebih lagi berlaku di MRSM.

“Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.

Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, “YOU TOUCH YOU GO!” tulisnya.

image is not available

Pukul pakai tali pinggang juga

Menerusi video yang tular itu juga, beberapa orang pelajar dilihat menduduki badan seorang pelajar lelaki yang sedang berbaring di atas katil.

Ada juga alatan lain seperti tali pinggang dipukul di bahagian punggung serta diikat di bahagian kaki mangsa.

image is not available

Susulan daripada itu, Asyraf Wajdi menyatakan bahawa tiada tempat buat para pembuli atau mereka yang terlibat dengan buli di MRSM.

Mereka yang didapati melakukan perkara tersebut akan dikeluarkan supaya tiada lagi budaya tersebut terbentuk di sana.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki