
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (20 April), tular di media sosial video melibatkan seorang penunggang motosikal dan tiga orang anggota polis.
Menerusi hantaran tular, penunggang motosikal berkenaan ditarik dari kenderaannya sehingga terjatuh sebelum kepalanya dipijak oleh salah seorang anggota terbabit.
Video tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mempersoal tindakan dan layanan anggota polis terhadap penunggang terbabit.
Bila kau terpaling polis dan hanya berani dengan bangsa melayu je.. cuba kalau dengan lain menikus mcm tikus
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) April 20, 2026
Ini akibat ambik budak SPM jadi polis pic.twitter.com/mZVzQY8XxW
Penunggang Pandu Dalam Keadaan Berbahaya, Tendang Motosikal Anggota Polis
Terbaharu, polis mengesahkan video tular yang memaparkan tangkapan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, Kulim Kedah adalah berkaitan dengan operasi ronda cegah jenayah.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 11 pagi sewaktu anggota terbabit sedang menjalankan ronda cegah jenayah dan menahan suspek di Jalan Sungai Ular.
“Sewaktu hendak menahan suspek, berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan anggota dengan menendang motosikal milik anggota polis dan melarikan diri dengan menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun anggota polis berjaya mengesan suspek di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal, Jalan Tunku Putra dan menahannya tidak lama kemudian,” katanya.
Penunggang Motosikal Positif Dadah, Turut Temui Dua Bungkus Plastik Lutsinar Disyaki Air Ketum
Jelas Tengku Mohd Faisal lagi, hasil pemeriksaan terhadap motosikal yang ditunggang oleh suspek berusia 32 tahun mendapati terdapat dua bungkusan plastik lutsinar yang disyaki mengandungi air rebusan ketum.
Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
“Sehubungan itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.
Polis Percaya Suspek Bawa Motosikal Di Bawah pengaruh Dadah
Tambahnya lagi, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulim pada hari ini untuk perintah tahanan reman.
Pada masa yang sama, Tengku Mohd Faisal menjelaskan pihaknya percaya suspek menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah selepas ujian air kencing menunjukkan keputusan positif.
“Motosikal yang ditunggang suspek juga dibawa secara merbahaya dan boleh membawa ancaman keselamatan jalan raya kepada masyarakat sekitar.
“Justeru itu, PDRM IPD Kulim, menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi negatif berkaitan kejadian terbabit, ” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Acu Pistol Tiruan Di Lampu Isyarat Ditahan, Rupanya Positif Dadah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenari Dipandu Melulu Hingga Langgar Beberapa Kenderaan Lain, Pemandu Rupanya Positif Dadah [Video]






