Tular Video Kim Soohyun Bermesra Dengan Lim Nayoung, Agensi Tampil Beri Respon

Entertainment
11 Jun 2024 • 1:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tidak semena-mena, Kim Soo-hyun terpalit dengan khabar angin percintaan bersama Lim Na-young.

Baru-baru ini, tular video Kim Soo-hyun bersama Lim Na-young iaitu seorang pelakon dan bekas ahli PRISTIN di Festival Muzik Ultra 2024, yang berlangsung di Korea.

Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat sedang berbisik sesuatu kepada wanita itu, menimbulkan khabar angin percintaan antara mereka.

Setelah pelbagai dakwaan dibuat, agensi Kim Soo-hyun akhirnya tampil memberi respon,

Ia adalah khabar angin tidak berasas.

Begitu juga dengan agensi Lim na-young,

Khabar angin itu tidak benar. Dia pergi ke festival itu sendiri dan terjumpa pelakon itu di sana secara kebetulan.

Kawan je la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.