
Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan beberapa peserta program RXZ Members 7.0 yang dalam perjalanan ke Terengganu.
Mereka dilihat menunggang motosikal dengan aksi ‘superman’ sebelum sebuah motosikal di hadapan tiba-tiba masuk ke lane kanan tanpa menoleh ke belakang.
Tindakan tersebut telah menyebabkan perlanggaran di antara peserta yang sedang menunggang laju di lorong paling kanan di lebuh raya berkenaan.
Nak kata apa … penyakit sendiri cari pic.twitter.com/RHTtPitsUs
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 22, 2025
Menerusi ruangan komen, orang ramai menasihatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan ditunggang secara berhemah untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

The post Tular Video Konvoi Peserta RXZ Members 7.0 Buat Aksi ‘Superman’ Beramai-Ramai Sebelum Kemalangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


