Tular Video Larian Dengan Tongkat, KBS Akan ‘Sponsor’ Kaki Palsu Untuk Adik Aqil

Entertainment
2 Sep 2023 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Belia dan Sukan bersama menterinya YB Hannah Yeoh, telah membawa pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Muhammad Aqil Naufal Zahiran bertemu pakar untuk menentukan jenis prostetik atau kaki palsu yang diperlukan bagi membolehkan beliau menyertai aktiviti sukan.

Menerusi kemaskini di Facebook Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan itu berkata pihaknya melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik paras pinggul pada Jumaat lalu.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Kisah Aqil mendapat perhatian ramai apabila satu video beliau menyertai acara larian 100 meter menggunakan tongkat. Pelajar Tahun Lima SK Felda Lepar Utara 1 itu telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023.

Dia dilihat didorong oleh Cikgu Intan Zulailkha Jusoh yang berlari bersamanya untuk menamatkan acara.

Menulis dalam Facebooknya, Hannah juga teruja dengan semangat yang dimiliki Aqil untuk menamatkan larian walaupun hanya bertongkat.

“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya”

KBS dan (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis).

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.