Tular Video Lelaki Dakwa Dimarahi Tuan Rumah Hanya Kerana Buat ‘U-Turn’ Depan Kediaman

7 Sep 2026 • 1:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu sememangnya mempunyai sikap prihatin dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.

Namun ada sesetengah orang dilihat berkira khususnya terhadap perkara yang tidak dijangka.

Tuan Rumah Berang Rumah Jadi Tempat U-Turn Oleh Individu

Semalam (6 September), tular di media sosial kejadian seorang pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dimarahi oleh seorang individu.

Semuanya dipercayai berpunca hanya kerana pemilik dashcam tersebut yang membuat pusingan U atau lebih tepatnya ‘3 Point Turn’ (Pusingan Tiga Penjuru) di hadapan rumah dipercayai milik individu terbabit.

Rakaman insiden itu mula menjadi sohor di media sosial selepas ia dimuat naik di Facebook Penduduk Sungai Petani.

Pada mulanya, kelihatan kereta yang dinaiki oleh pemilik dashcam itu memasuki sebuah simpang dan melalui sebuah lorong di sebuah kawasan perumahan.

Setelah beberapa ketika, kereta terbabit membuat pusingan 3 Point Turn di hadapan pintu pagar sebuah rumah sebelum mengundur.

Apa yang menjadi perhatian adalah pintu pagar terbabit tiba-tiba terbuka dan muncul seorang individu dipercayai tuan rumah yang merenung tajam ke arah kenderaan pemilik dashcam itu.

Tuan Rumah Cekak Pinggang, Dipercayai Berang Individu Buat Pusingan U Depan Rumahnya

Malah, individu terbabit kelihatan mencekak pinggang seolah-olah sedang memarahi pemandu tersebut.

Setelah beberapa ketika, kedengaran individu berkenaan memarahi pemandu kereta terbabit siap menunjukkan kawasan hadapan rumahnya dipercayai berang dengan tindakan pemandu itu yang membuat pusingan U di kediamannya.

Pada masa sama, turut kedengaran pemandu kereta terbabit menjelaskan kepada tuan rumah berkenaan tentang niatnya yang hanya mahu membuat u-turn namun diendahkan oleh individu terbabit.

“Tumpang kona (pusing) je bang. La, saya tumpang kona je. Saya nak ambik anak bang, Baik, Allah ada,” katanya.

Tuan Rumah Turut Didakwa Ludah Pada Kereta

Apa yang lebih mengejutkan, pentadbir laman itu turut memuat naik kapsyen yang dikirimkan oleh individu tidak dikenali dipercayai pemilik dashcam itu dan mendakwa tuan rumah berkenaan meludah terhadap kereta terbabit.

“Assalamualaikum. Saya nak tanya, jalan tar luar pada rumah hak milik kita ke? Saya tumpang u-turn depan rumah dia ni.

“Tapi diludahnya kereta saya, yang lain boleh tengok dalam video. Audio tak berapa clear tapi point sahabat kita.

“1. Kenapa tak kona depan, minyak mahal sangat ka?

“2. ‘Aku buat rumah besar-besar bukan untuk hang.’ Tak tahu pula luar rumah pun consider tanah kita

“Berjaya, kaya macam mana pun kita, ke liang kubur juga akhirnya,” tulis pentadbir akaun berkenaan.

Namun semakan kami pada video mendapati tuan rumah sememangnya ada meludah namun tidak terkena pada kereta tersebut.

Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah pada semalam (6 September).

Warganet Beri Pelbagai Reaksi Insiden Individu Marah Buat U-Turn Depan Rumah

Perkongsian yang turut dikongsikan di TikTok dan Threads serta telah mendapat lebih satu juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu dipercayai tuan rumah tersebut gara-gara tindakannya yang berang dengan perbuatan pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di hadapan rumahnya.

Pada masa sama, ada di antara pengguna yang mendakwa turut pernah menjadi mangsa lelaki itu selepas membuat pusingan di hadapan rumah yang sama.

Namun ada segelintir netizen yang berpendapat, lelaki berkenaan mungkin berbuat demikian kerana rumahnya sering menjadi sasaran orang ramai untuk membuat pusingan U.

Ini antara komen warganet:

“Tang (Dekat) Mana Abang? Esok Kita Try Pergi Kona, Sombong Ya Amat”

Image from: Tular Video Lelaki Dakwa Dimarahi Tuan Rumah Hanya Kerana Buat ‘U-Turn’ Depan Kediaman

“Dia Macam Tunggu Siap Dah Ni, Ini Bukan Cerita Kali Pertama, Cuba Abang Cerita Bila Semua Ini Bermula?”

Image from: Tular Video Lelaki Dakwa Dimarahi Tuan Rumah Hanya Kerana Buat ‘U-Turn’ Depan Kediaman

“Saya Kena Dah Tapi Tak Ludah La, Saya Kena Macam Ini, Hari Ini U-Turn, Esok Dia Letak Kerusi & Tong Sampah Depan Rumah Dia, Kawasan Situ Tiada Lorong Jadi Jauh Kena Pusing Dulu”

Image from: Tular Video Lelaki Dakwa Dimarahi Tuan Rumah Hanya Kerana Buat ‘U-Turn’ Depan Kediaman

“Dekat Mana Ni? Nanti Hari-Hari Saya U-Turn Rumah Dia, Allahuakhbar”

Image from: Tular Video Lelaki Dakwa Dimarahi Tuan Rumah Hanya Kerana Buat ‘U-Turn’ Depan Kediaman

“Aku Bertahun Kena Scam, Ingat Orang Datang Rumah, Rupanya Datang U-Turn, Tak Ada Pun Nak Marah Bagai”

Image from: Tular Video Lelaki Dakwa Dimarahi Tuan Rumah Hanya Kerana Buat ‘U-Turn’ Depan Kediaman

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berang Jiran Selamba Parkir Kereta Axia Depan Rumah Hingga Halang Laluan Masuk

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kali Pertama” – Tular CCTV Lelaki Biarkan Anjing Peliharaan Buang Najis Depan Rumah Jiran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Selamba Biarkan Sampah Depan Rumah Jiran Lepas Cuci Jalan Tar Undang Perhatian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved