Negeri Sembilan, Star City terikat 2-2 di Paroi

FootballSports
5 Sep 2026 • 8:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Negeri Sembilan, Star City terikat 2-2 di Paroi

SEREMBAN: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mencatat kemenangan pertama pudar selepas hanya seri, 2-2, menentang Star City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi.

Keputusan itu ternyata melegakan pasukan tuan rumah yang hampir tewas ketika perlawanan masa sebenar 90 minit telah pun tamat.

Pasukan pelawat menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-38 melalui Pedro Henrique Olivera yang menerima lorongan bola dari tengah padang sebelum berlari menuju gol NSFC.

Pemain yang berasal dari Brazil itu mudah menggelecek penjaga gol, Muhammad Azri Ab. Ghani dan meluncurkan bola masuk ke gawang.

NSFC cuba bangkit daripada ketinggalan namun jentera serangan tuan rumah sering digagalkan oleh barisan pertahanan Star City.

Separuh masa kedua menyaksikan Star City terus mengambil kesempatan daripada barisan pertahanan NSFC yang berhempas pulas mengekang asakan lawan.

Seminit selepas perlawanan bermula, pemain import Star City, Moses Atede Jona meloloskan diri daripada kawalan pertahanan NSFC sebelum merembat bola melepasi jangkauan Muhammad Azri.

NSFC akhirnya merapatkan kedudukan pada minit ke-74 apabila memperoleh sepakan penalti selepas pemain gantian, Abdul Rahman Daud dijatuhkan oleh Rafael Vitor Santos dalam kotak penalti.

Muhammad Akhyar Rashid menyempurnakan sepakan penalti itu sekaligus menyemarakkan semula semangat pasukan tuan rumah.

Pemain itu muncul menyelamatkan NSFC dengan jaringan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan apabila melakukan rembatan deras di kanan gol Star City menewaskan penjaga gol, Muhammad Farhan Abdul Majid.-UTUSAN

The post Negeri Sembilan, Star City terikat 2-2 di Paroi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved