Tular video lelaki heret kucing dengan kejam

24 Nov 2024 • 3:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung tindakan seorang lelaki yang didakwa mengheret seekor kucing dengan mengikat leher haiwan tersebut menggunakan tali di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa laporan itu diterima daripada seorang individu pada jam 5.38 petang, hari ini, selepas pengadu melihat video tular yang menunjukkan kejadian tersebut.

Video itu memaparkan individu tidak dikenali dipercayai melakukan penderaan terhadap seekor kucing.

Alamat yang dipercayai lokasi kejadian turut dinyatakan di ruangan komen video tersebut. Ia beralamat di Jalan Klang Lama, dan pengadu membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Kes ini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015. Laporan polis juga telah diserahkan kepada penguat kuasa JPV Kuala Lumpur untuk tindakan seterusnya.