Tular Video Menteri Buat Kecoh, Tuntut Imigresen Bebaskan Pelancong China Ditahan Di KLIA – “Dia Guna Kuasa Menterinya”

30 Jun 2023 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, seorang menteri didakwa telah menceroboh masuk ke dalam dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, beliau telah meminta agar pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam, dibebaskan.

Menteri itu yang memakai sut berwarna hitam dikatakan telah memasuki ruangan tersebut tanpa memohon pas keselamatan terlebih dahulu.

Menurut kata sumber, menteri berkenaan mendapat tahu tentang penahanan itu dan terus segera bertolak ke KLIA dipercayai untuk ‘menyelamatkan’ pelawat wanita warga China terbabit.

image is not available

Kemasukan pelawat itu ke negara ini telah dinafikan sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang dan ini bukanlah kali pertama menteri terbabit menggunakan kuasa jawatannya untuk berbuat sedemikian.

Bila dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya dan marah Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.”

Sebelum ini, beliau pernah melakukan perkara yang sama sebanyak dua kali dan kesemua insiden yang berlaku itu adalah disebabkan hal yang sama membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara ini.

image is not available

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan belum menerima laporan berhubung insiden kekecohan yang didakwa dicetuskan oleh seorang menteri di Terminal 1 KLIA itu.

Tambahnya, pihak berkuasa lapangan terbang akan lakukan siasatan terperinci tentang insiden tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Kau Pangkat Lagi Kecik Dari Aku La, Pangkat Rendah!" - Tular Pegawai Kanan Tengking, Merendah-Rendahkan Anggota Polis