
Pelakon kacak, Meerqeen tampil menafikan dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Qasrina Karim, yang sama-sama bergandingan dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure.
Menurut laporan HibGlam, Meerqeen menjelaskan semuanya hanyalah urusan kerja dan lakonan semata-mata selepas ramai yang kecoh tentang kemesraan mereka di lokasi penggambaran.
Kami hanya rakan pelakon yang bekerjasama secara profesional. Tak ada hubungan cinta pun.
Video mesra tular? Meerqeen nafi…
@Netflix Malaysia @Netflix Indonesia gak mau tau aku pengen nonton #thariqridzuwancommandohistreasure nanti pas udah tayang aku pengennya nonton nya ongoing ya. Aku Gak mau nonton bajak pokoknya. Ayo lah kalo nggak @Viu Malaysia @Viu Indonesia kalian aja deh #meerqeen #qasrinakarim #thariqridzuwan #husniyaradwa
Terdahulu, satu video pendek yang memperlihatkan “kemesraan” antara dua pelakon ini mula tular dan mencetuskan spekulasi di kalangan peminat.
Namun, Meerqeen dengan tenang menafikan perkara itu.
Saya tak tahu pun kami selalu buat video bersama. Setakat ini kami hanya ada satu video saja.
Mungkin yang tular itu adalah babak drama yang kami lakonkan.
Qasrina Karim seorang yang mudah dibawa berbincang

Meerqeen juga tidak menafikan bahawa dia selesa bekerja dengan Qasrina kerana keserasian dan komunikasi yang baik antara mereka semasa di set penggambaran.
Seronok bekerjasama dengan dia. Apa yang korang nampak tu, semuanya terjadi secara semula jadi sebab tuntutan kerja.
Pssttt! Jangan cepat percaya dengan apa yang viral. Kadang-kadang babak drama lebih ‘real’ daripada kenyataan.
Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


