Tular Video Pejabat FashionValet Diserbu Semalam, Vivy Yusof Dipanggil SPRM Hari Ini

Entertainment
5 Nov 2024 • 12:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak petang semalam, berlegar di media sosial video TikTok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memaparkan serbuan ke pejabat FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang dikaitkan dengan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Menerusi video itu, dapat dilihat sekumpulan pegawai SPRM masuk ke dalam ibu pejabat syarikat berkenaan dan memeriksa beberapa dokuman berkenaan pelaburan dua buah agensi berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat itu.

Dipercayai suami isteri pengasas platform e-dagang berkenaan, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar turut disoal siasat di premis tersebut ketika serbuan dijalankan.

@sprm.malaysia

4 November 2024 – SPRM bongkar kes di pejabat Fashionvalet berhubung pelaburan Khazanah dan PNB, hari ini #SPRMMalaysia #RasuahDihinaMaruahDibina #taatsetia

♬ original sound – SPRM Malaysia – SPRM Malaysia

Vivy Yusof dipanggil menghadap SPRM hari ini

Dalam pada itu, menurut Malaysiakini, pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar telah dipanggil memberi kenyataan kepada SPRM hari ini berhubung isu berkenaan.

Mereka telah dipanggil berbuat demikian di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

image is not available

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, usahawan fesyen itu dan suaminya dijadual memberikan keterangan pagi ini. Setakat ini, SPRM juga telah merakamkan kenyataan empat pekerja dari Khazanah, PNB dan Kementerian Kewangan.

Kesemua mereka bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelaburan agensi masing-masing.

Terdahulu, Vivy dan suaminya didakwa telah memberi respon terhadap kerugian yang dialami Khazanah dan PNB dengan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang tersebut.

Mereka juga turut memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.

Sumber: Malaysiakini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.