Tular Video Pelancong China Persoal Staf Hotel Kerana Tak Gantung Bendera Negaranya

LocalTravel
6 Jul 2026 • 5:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila melancong ke luar negara, penting untuk setiap individu menjaga tingkah laku kerana sikap kita juga membawa imej tanah air. Ini termasuklah dari aspek percakapan selain menghormati rakyat negara asing.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang merasakan dirinya terlalu terlalu berhak mendapatkan layanan istimewa sehingga berkelakuan tidak sopan dengan orang lain.

Pelancong China Tak Puas Hati Hotel Di Malaysia Tak Gantung Bendera Negaranya

Baru-baru ini, tular satu video di laman Threads menunjukkan seorang pelancong lelaki dari China yang bertindak menegur seorang staf hotel semasa hari ketiga menginap di Malaysia.

Menurutnya semasa mahu sarapan pagi, dia terlihat banyak bendera-bendera dari luar negara digantungkan di koridor hotel tersebut.

Namun dia tidak berpuas hati apabila mendakwa tidak melihat bendera dari negaranya digantung di sana.

“Kalau anda nak duit daripada orang China, kenapa tidak letak bendera China? Hari ketiga di Malaysia kerana urusan bisnes dan pagi ini bersarapan di hotel.

“Saya nampak ada bendera-bendera di luar koridor, tanpa ada bendera China. Jadi saya panggil seseorang (kakitangan hotel dan tanya) kenapa tak ada bendera China,” katanya.

Staf Hotel Terkedu Selepas Ditegur Pelancong Tentang Bendera

Dia kemudiannya memanggil staf berkenaan dan mempersoalkan mengapa pihak hotel itu tidak menggantung bendera China.

Kakitangan wanita tersebut bagaimanapun dilihat terpinga-pinga dan berkata ada bendera China digantung di dalam restoran terbabit.

“Awak tahu, tiada China, tiada bendera China. Kalau anda mahu duit daripada orang-orang China. Tolong letak bendera kebangsaan China,” tegur lelaki itu.

View on Threads

Bendera Yang Tergantung Di Hotel Adalah Negara Yang Memasuki Piala Dunia FIFA Tahun Ini

Hantaran ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai pengguna Threads. Menurut pengendali akaun dan beberapa netizen lain, bendera-bendera yang digantung pada koridor hotel merupakan negara yang memasuki Piala Dunia FIFA 2026.

“Mungkin kalau China layak masuk Piala Dunia, bendera mereka juga akan digantung? (Bendera) tu dekorasi je untuk musim World Cup ni,” kata seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Kontroversi Besar FIFA World Cup 2026

Baca Artikel Berkaitan: “Pegang Controller Konon Main PS5” – Individu Dakwa Influencer Masih Buat Live Stream Piala Dunia FIFA 2026 Guna Akaun Lain

Jangan Salahkan Staf Hotel – Netizen

Segelintir netizen turut berkata staf tersebut mungkin terpinga-pinga kerana tidak mengikuti perlawanan Piala Dunia.

“Jangan salahkan staf tu, terang-terang dia tak tahu sangat tentang bola yang menyebabkan dia terkejut dengan soalan yang angkuh tu,” ujar seorang warganet.

Perlu Hormati Negara Yang Dilawati

Sementara itu, ramai juga individu yang berkata setiap pelancong perlu menghormati setiap negara yang dilawati.

“Saya dah muak dengan orang yang mengaku diri macam ni. Kamu yang datang ke sini, bukannya kami yang jemput.

Bila datang ke negara orang, hormatilah negara yang kamu lawati, sama seperti kami hormat apabila melawat negara kamu. Terlalu rasa diri berhak menentukan itu dan ini,” tegur seorang wanita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved