Pelancong India Mengamuk, Dapat Burger ‘Non Vege’ Dibeli Di McD KLIA

LocalFood
12 Nov 2025 • 5:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah video yang tular di TikTok melalui akaun @young.lost6 memaparkan seorang wanita dari India yang kecewa apabila burger yang dibelinya di McDonald’s (McD) KLIA mengandungi daging.

Dalam rakaman itu, wanita itu kelihatan menangis sambil meluahkan rasa kecewanya:

“Saya daripada India, macam mana awak boleh lakukan ini kepada saya, sedangkan saya tak boleh makan daging? Saya ingatkan awak semua tahu” katanya.

image is not available

Seorang pekerja premis kemudian tampil memberi penjelasan. Dia menjelaskan bahawa mereka hanya menyediakan burger mengikut pesanan pelanggan dan di Malaysia, premis berkenaan memang tidak menyediakan menu vegetarian sahaja.

Artikel lain: Tular Pekerja Zus Disimbah Air Kopi, Netizen Bengang Dengan Sikap Pelanggan

“Ya, saya tahu. Sebahagian pekerja di sini juga tidak makan daging, tapi di kedai ini memang tiada pilihan vegetarian,” jelas pekerja itu sambil memohon maaf.

Selepas meluahkan rasa kecewanya, wanita tersebut dilihat keluar bersama seorang lelaki, sambil masih kelihatan emosional.

Kejadian ini menimbulkan pelbagai reaksi warganet. Ramai menegaskan bahawa wanita itu sendiri sepatutnya sedar bahawa premis di Malaysia tidak semestinya menyediakan menu vegetarian seperti di negara lain.

Pilihan burger daging yang dibuatnya sendiri memang dijangka mengandungi daging, jadi rasa kecewa itu boleh dielakkan jika membuat pilihan lebih tepat.

image is not available

Insiden ini menjadi pengajaran bahawa sebagai pelanggan, memahami kekangan menu sesebuah premis di negara lain adalah penting.

Pihak kedai pula digalakkan memberikan maklumat jelas tentang kandungan makanan untuk mengelakkan salah faham dan kekecewaan pelanggan.

Ni bukan India

image is not available

Sejak bila Mcd jual burger vegetarian

image is not available

Jangan expect smeua sama dengan negara sendiri

image is not available

Tak tengok menu dulu ke

image is not available

Sumber: TikTok @young.lost6

The post Pelancong India Mengamuk, Dapat Burger ‘Non Vege’ Dibeli Di McD KLIA appeared first on Borak Daily.