Tular Video Peniaga Berebut Tapak Bazar Ramadan, Siap Ada Yang Jatuh Tersungkur

Entertainment
18 Feb 2025 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial menyaksikan sekumpulan peniaga berasak kerana berebut untuk mendapatkan tapak niaga bazar Ramadan sehingga suasana menjadi tidak terkawal.

Menurut sumber, kejadian yang dipercayai berlaku di Muar, Johor itu turut mengakibatkan beberapa individu jatuh tersungkur akibat rempuhan orang ramai yang berpusu-pusu mahu mendapatkan nombor undian tapak bazar Ramadan.

Menerusi video tular itu, sejurus pintu masuk dibuka, para peniaga yang berkumpul di hadapan pintu itu dilihat berpusu-pusu keluar dan berlari untuk mendapatkan nombor undian.

Tapak bazar ‘hotspot’

Dalam laporan lain, sebanyak 113 tapak bazar disediakan Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Kampung Tengah dengan kadar sewa RM200 sepanjang Ramadan.

Difahamkan, seramai hampir 300 peniaga hadir untuk mendapatkan nombor undian di tapak bazar itu kerana ia juga antara yang terkenal di Muar.

Susulan kejadian itu, MPM akan mengubah kaedah pengagihan tapak bazar Ramadan seperti mengubah masa pembahagian borang dan pengambilan tapak bazar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.