Tular satu hantaran di Threads memaparkan aksi tidak bertanggungjawab seorang penumpang makan dan minum di dalam pengangkutan awam, LRT.
Lebih mengejutkan apabila individu itu minum minuman tin dipercayai beralkohol. Selain makan karipap dan membuang plastik merata-rata.
Selamba minum alkohol dalam LRT
Kejadian dirakam penumpang lain kira-kira jam 9.30 pagi semalam sebelum ianya dimuat naik di Threads hari ini.

Hantaran tersebut kemudian menarik perhatian ramai termasuk syarikat pengendali pengangkutan awam itu, RapidKL.
RapidKL tampil memberi peringatan bahawa makan dan minum adalah dilarang di dalam ruangan tren serta bas mereka.

RapidKL turut meminta orang ramai yang melihat kejadian seperti itu supaya terus membuat laporan kepada pegawai bertugas dalam tren, di stesen atau menerusi saluran panggilan dan WhatsApp mereka.
The post Tular Video Penumpang Selamba Minum Alkohol, Makan Karipap Dalam LRT appeared first on Oh! Media.

![[VIDEO] Macam mana boleh terlepas mabuk dalam tren](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-08-at-9.59.37-AM-1024x575.jpeg)



