‘I mabuk, tapi I tak buat apa-apa’

7 Aug 2026 • 10:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘I mabuk, tapi I tak buat apa-apa’

KUALA LANGAT – “Ya, I mabuk, tapi I tak buat apa-apa!”

Demikian kata-kata seorang lelaki yang tular di media sosial selepas dipercayai terbabit dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kanchong Bengkok di sini, hari ini.

Rakaman video berkenaan menunjukkan lelaki tersebut berada di lokasi kejadian sebelum mengeluarkan kenyataan terbabit selepas disoal pengguna jalan raya lain.

Berdasarkan video sama turut memaparkan seorang lelaki terbaring dengan kesan darah mengalir di bahagian kaki.

Difahamkan, seorang mangsa dalam kejadian itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

Sementara itu, ruangan komen video berkenaan turut dibanjiri reaksi pengguna media sosial mengenai sikap pemandu mabuk yang membahayakan nyawa pengguna lain.

Seorang pengguna dikenali sebagai Calvin Kigen Ck berkata, kejadian seumpama itu tidak seharusnya dikaitkan dengan bangsa kerana kemalangan membabitkan individu yang dipercayai mabuk boleh menimpa sesiapa sahaja.

“Betul, bukan kira bangsa sebab kes mabuk langgar orang ini semua bangsa pernah kena. Orang mabuk memang menyusahkan orang lain.

“Respect semua yang ada di situ. Nampak daripada pelbagai lapisan bangsa, mereka tidak setuju dengan pemabuk ini,” katanya.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan benar-benar berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Manakala punca serta kronologi sebenar insiden masih menunggu pengesahan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post ‘I mabuk, tapi I tak buat apa-apa’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved