Tular Video Penutup Simen Di Kawasan Masjid India Terangkat Buat Orang Ramai Bimbang

Entertainment
5 Oct 2024 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kejadian lubang benam di kawasan Masjid India telah berlaku dan insiden itu telah mengakibatkan seorang wanita warganegara India jatuh ke dalam lubang benam itu dan sehingga kini masih belum ditemui.

Semalam pula tular di TikTok video yang memaparkan penutup simen di jalan Masjid India dilihat terangkat berulang kali ketika hujan di kawasan tersebut.

Video berdurasi 21 saat itu telah dikongsikan oleh akaun lakshmikarthickka di platform TikTok.

@lakshmikarthickka

Yesterday Night Majit India waking allways be careful

♬ original sound – Lakshmi karthick

Dalam video tersebut, dapat dilihat dua penutup simen yang berada berhampiran dengan bangku itu terangkat berulang kali.

Penutup simen itu juga terletak berdekat dengan beberapa buah gerai yang menjual pelbagai barangan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bimbang melihat keadaan penutup simen itu kerana bimbang jika kejadian yang sama akan berulang lagi di kawasan Masjid India itu.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kemudiannya telah memberi respon tentang kejadian tersebut menerusi Facebook rasmi mereka.

Menurut DBKL, penutup lurang (manhole) itu telah hilang disebabkan vandalisme dan ini menyebabkan penutup simen di bahagian atas itu telah terangkat.

image is not available

Pihak Indah Water juga telah selesai memasang semula penutup lurang (manhole) itu pada awal pagi tadi.

Orang ramai digesa untuk tidak sewenang- wenangnya menyiarkan kandungan yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegelisahan orang awam dengan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Masjid India baru-baru ini,” kata DBKL.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.