Tular video ‘photoshoot’ di landasan, pengantin di Kelantan nyaris dilanggar kereta api

5 Aug 2024 • 11:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial satu video memaparkan sepasang pengantin hampir nyaris dilanggar kereta api ketika sedang melakukan penggambaran pre wedding di Guillemard Bridge Tanah Merah, Kelantan.

Menerusi satu perkongsian di X, Update Info Malaysia telah memuat naik video memaparkan pasangan tersebut pasangan tersebut bersama jurugambar mereka sedang beredar dari laluan rel keretapi.

Pasangan pengantin nyaris dilanggar kereta api

Pada masa yang sama, kereta api tersebut juga telah membunyikan hon dalam tempoh yang lama, bagaimanapun kelihatan pasangan tersebut masih berjalan perlahan-lahan.

Manakala, hanya jurugambar yang kelihatan berlari untuk mengelakkan daripada menghalang laluan kereta api tersebut sambil meminta pasangan tersebut untuk bergerak dengan lebih cepat.

Nyaris dilanggar kereta api, pengantin buat netizen bengang

image is not available

Individu yang mengambil rakaman kejadian juga kedengaran menggesa pasangan tersebut untuk bergerak ke tepi landasan untuk memberikan laluan kepada kereta api itu.

Bagaimanapun, pasangan tersebut seakan-akan tidak faham dengan bahaya yang mereka hadapi dan sempat bergelak tawa walaupun masih menghalang laluan kereta api.

Nyaris dilanggar kereta api semasa photoshoot kahwin

image is not available

Pengantin wanita itu pula berhenti di hujung landasan sehingga menyebabkan kereta api terpaksa diperlahankan dan diberhentikan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bengang dengan pasangan tersebut kerana walaupun berada dalam keadaan bahaya, mereka tetap tidak mempercepatkan langkah.

Boleh pula jalan santai, kita yang sakit hati

image is not available

Kereta api dah kat belakang masih terkedek-kedek??

image is not available

Tak payah la lemah gemalai sangat

image is not available

Tidak cukup dengan itu, ramai juga netizen yang menyindir pasangan tersebut dengan mencadangkan agar mereka memilih untuk tidak mempunyai anak.

Harap perangai tak diwarisi anak

image is not available

Susah susah lahirkan anak bebal macam dorang

image is not available

Pasangan ini wajib childfree

image is not available

Jangan biarkan membiak!

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap pasangan tersebut kerana telah menceroboh kawasan landasan selain menganggu perjalanan.

Bukan perlu ada kebenaran dari pemilik ke?

image is not available

Pihak kereta api boleh saman dah dorang ni

image is not available

Boleh saman ke sebab menceroboh

image is not available

Patut disaman sebab melambatkan perjalanan

image is not available

Lapor pada polis

image is not available

PDRM, KTMB, boleh ambil tindakan

image is not available

Aduh akak, nampak macam tak pakai heels pun. Rasanya boleh je berlari, paling tak jalan laju….

Sumber: X UpdateInfo11111