Tular Video Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

24 Jun 2024 • 3:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan kaki Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang di Ranau susulan video yang tular di media sosial pada pagi Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 1.20 pagi Ahad namun tidak dilaporkan sehingga rakaman video runtuhan itu tular.

Tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu

@ezy.ehf

24/6/2024 – Kejadian pagi ni. View dari lamin kopio, Tanah runtuh di gunung kinabalu. #fyp #mountkinabalu

♬ original sound – zy.rzney__ – zy.rzney__

Menurut Malim Gunung Richard Soibi, runtuhan tersebut berlaku jauh daripada laluan pendaki disamping memaklumkan tiada kemalangan jiwa dari penduduk setempat kerana ia jauh dari perkampungan.

“Betul tapi jauh dari jejak laluan gunung. Kejadian hanya disedari sekitar jam 7.30 pagi. Tiada mangsa kerana jauh dari rumah,” kata Richard.

image is not available

Difahamkan, kejadian itu telah menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu Ranau bertukar menjadi berlumpur.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kejadian itu.

image is not available

“Namun setelah menerima video tersebut, pasukan bomba menjalankan pemantauan.

“Menurut pegawai Taman-Taman Sabah (TTS) yang bertanggungjawab menjaga di kawasan tersebut, runtuhan berlaku kira-kira jam 1.20 pagi Ahad dan banjir lumpur jam 5 pagi hari yang sama.

“Kejadian runtuhan di kaki Gunung Kinabalu dan banjir kilat tidak menjejaskan kampung berhampiran,” ujar Ridwan.

image is not available

Sementara itu, Ridwan memaklumkan pemantauan hanya dilakukan menggunakan dron atas sebab tiada akses jalan untuk ke kawasan tanah runtuh.

Terdahulu, Gunung Kinabalu pernah mengalami gempa bumi dengan skala ritcher 6.0 pada 15 May 2015 dan seramai 19 orang maut dalam tragedi berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin), TikTok @ezy.ehf