Disuruh Cadang Makanan Lokal, Jawapan ‘Orang Luar’ Di Konsert TREASURE Undang Kecaman Peminat Malaysia

24 Jun 2024 • 3:54 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak sah la kalau datang Malaysia tapi tak cuba makanan lokal kan?

Baru-baru ini, TREASURE telah mengadakan konsert jelajah “RELAY TOUR [REBOOT]” di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan konsert tersebut telah disambut meriah oleh peminat Malaysia.

Namun, tular satu video di media sosial, di mana, video tersebut telah mengundang kritikan oleh peminat serta netizen di Malaysia.

Dalam video tersebut, ahli TREASURE telah dilihat memilih seorang peminat dan meminta cadangan makanan lokal yang patut mereka cuba.

Tetapi, jawapan yang diberikan oleh peminat tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai.

Jawab peminat itu,

Ayam Malaysia.. ehh maaf, ayam canai.

Selepas video itu tular, rata-rata peminat telah meluahkan ketidak puasan hati mereka terhadap jawapan yang diberikan oleh peminat yang berasal dari Thailand itu.

Mereka juga turut menyatakan bahawa peminat itu sepatutnya perlu menyerahkan mikrofon tersebut kepada peminat Malaysia yang duduk berhampirannya.

Komen mereka,

  • Kalau tak tahu tu bagi la peminat Malaysia yang jawab.
  • Tak pasal-pasal kau dah malu kat situ.
  • Apa benda la dia merapu ni.
  • Ayam Malaysia dengan ayam negara lain ada beza ke?
  • Geram je dengar.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.