Tular Video Wanita Disyaki Ditolak Kekasih Dari Tingkat 23 Kondo, Polis Tahan Pemandu Lori

29 Feb 2024 • 10:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video telah tular di laman X semalam, memaparkan pergelutan yang berlaku dipercayai di antara sepasang kekasih hingga menyebabkan seorang wanita disyaki ditolak dari tingkat atas kondominium di Setia Alam sehingga maut.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 10.02 malam.

image is not available

Siasatan mendapati mangsa merupakan wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja telah ditemui maut di tingkat 7 kondominium tersebut.

Saksi juga melaporkan telah mendengar pergaduhan itu sebelum melihat suspek menolak mangsa daripada tingkat 23.

image is not available

Suspek ada 7 rekod jenayah, 1 rekod dadah

Menurut pihak polis, suspek merupakan lelaki India berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan telah ditahan di lokasi kejadian pada pukul 10.10 malam.

Hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis kanabis dan akan direman di Mahkamah Shah Alam pada pukul 9 pagi,” katanya lagi.

image is not available

image is not available

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk segera menghubungi pegawai yang terlibat dalam siasatan.

Seram ye dengar jeritan mangsa sebelum jatuh tu. Semoga pelaku dapat dihukum seadilnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.