![Image from: Tular Wanita Dakwa Mercedes Cucuk Belakang Proton X50 Nak Elak Bayar Tol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Mercedes-didakwa-tailgate-800x475.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes pemandu cuba mengelak membayar tol dengan mengekori kenderaan pada jarak dekat sudah sering kali berlaku. Bahkan ada yang mengamuk apabila taktik kotor terkantoi atau tidak berjaya.
Wanita dakwa kereta Mercedes ikut rapat kereta depan sebab tak nak bayar tol
Baru-baru ini, seorang wanita turut mendakwa sebuah kereta mewah jenama Mercedes turut bertindak melakukan perkara sama dan ‘perbuatannya itu’ berjaya dirakam.
Menerusi video dashcam dimuat naik di Threads oleh Nabilah, awalnya kelihatan kereta yang jenis Mercedes itu memasuki lorong TouchNGo serta RFID di Tol USJ.
Mercedes hitam itu kemudiannya dilihat mengekori rapat kenderaan di hadapannya itu.
Kelihatan palang awalnya hampir tutup namun terbuka semula
Bahkan turut kelihatan palang pada lorong berkenaan hampir ditutup, namun ia kembali terangkat dipercayai disebabkan sensor pengesan mendapati masih ada kenderaan.
Turut kedengaran siren di lorong tol terbabit juga berbunyi sebaik kenderaan Mercedes melepasi palang itu.
Di ruangan balas Nabilah memaklumkan kereta Mercedes berkenaan mengekori rapat kereta Proton X50 yang memakai kad TnG.
“Seperti awak boleh lihat palang tu nak turun tapi naik balik kerana Mercedes tu ikut rapat X50 tu tanpa bayar dan dekat skrin tu pun tulis ‘tiada tag’ (dipercayai ketika Mercedes tersebut melalui tol),” jelasnya.
Pun begitu kami tidak dapat dipastikan sama ada benar dakwaan berkenaan.
![Image from: Tular Wanita Dakwa Mercedes Cucuk Belakang Proton X50 Nak Elak Bayar Tol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mercedes-didakwa-mengelak-bayar-tol-4-1.jpg)
View on Threads
Ramai kecam tindakan Mercedes didakwa mengelak bayar tol
Malah ramai yang turut mengecam tindakan Mercedes tersebut dan menyifatkan pemandu kedekut walhal jenama kenderaan yang dipakai adalah mahal.
Namun ada juga yang cuba bersangka baik terhadap Mercedes itu dan mengatakan mungkin sensor pada tol agak lambat.
Ada juga mendakwa kereta Mercedes itu mungkin membayar tol menggunakan RFID dan hanya mengekori kereta depan pada jarak dekat.
“Rasanya macam di pakai RFID tu. Pastu ikut rapat.”
![Image from: Tular Wanita Dakwa Mercedes Cucuk Belakang Proton X50 Nak Elak Bayar Tol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mercedes-didakwa-mengelak-bayar-tol-1.jpg)
“Sebab miskin lah lari tol. Yang mengelak tol ni semua miskin. Ambil kad aku ni walaupun dalam ada RM20 ambil lah habis kan. Kesian.”
![Image from: Tular Wanita Dakwa Mercedes Cucuk Belakang Proton X50 Nak Elak Bayar Tol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mercedes-didakwa-mengelak-bayar-tol-3.jpg)
“Entah-entah roadtax pun mati dah”
![Image from: Tular Wanita Dakwa Mercedes Cucuk Belakang Proton X50 Nak Elak Bayar Tol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mercedes-didakwa-mengelak-bayar-tol-2.jpg)

![“Pemilik Kucing Lari Tak Bayar Sewa” – Si Bulus Terkurung 10 Hari Dalam Rumah Tanpa Makanan Undang Sebak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kucing-ditinggalkan-tanpa-makanan-800x467.jpg?t=1778840203)