Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan ais krim merupakan salah satu makanan pencuci mulut atau snek yang digemari ramai khususnya kanak-kanak. Namun umum mengetahui setiap barangan dan bahan makanan yang digunakan perlulah mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan berlaku sebarang risiko kesihatan.
Individu dakwa peniaga warga asing jual ais krim yang diletakkan dalam tong cat
Baru-baru ini, tular di Threads seorang peniaga yang didakwa warga asing menjual ais krim yang diletakkan dalam tong cat.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh @peonyyyaaa di Threads, dia telah memberi amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati kerana terdapat peniaga warga asing dipercayai warga Myanmar di Gurney Bay, Pulau Pinang menjual ais krim dalam tong cat.
“Siapa yang beli ais krim uncle ‘Myanmar’ dekat Gurney Bay tu, ais krim dia letak dalam tong cat guys. Biasa kena dah lah siap kena scma satu (ais krim) RM5, sebelum beli dia cakap satu RM1.50. Siapa biasa kena?” soalnya.
Ada 3 jenis perisa ais krim dalam tong cat
Dalam hantaran tersebut, pengguna Threads itu turut menunjukkan isi dalam tong tersebut berupa ais krim tiga perisa yang dipercayai vanila, strawberi, dan coklat.
Satu lagi gambar menunjukkan satu tong cat berwarna putih, merah dan biru serta tertera tulisan untuk kegunaan cat pada dinding di bahagian dalam dan luar bangunan.
View on Threads
Ada pengguna turut berada di kawasan sama ketika peniaga warga asing didatangi pihak berkuasa MPPP
Di ruangan balas seorang pengguna, @lqmnkimie_ memaklumkan dia berada di tempat kejadian sewaktu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) datang menyita motosikal dibawa oleh peniaga warga asing berkenaan.
Malah dia turut mendakwa peniaga warga asing itu juga menunjukkan sikap biadap kepada pegawai yang sedang menjalankan tugas kerana tidak mahu memberi kerjasama.
“Saya ada di tempat kejadian masa MPPP datang nak sita motor dia (peniaga ais krim). Awalnya macam kesian, tapi bila pegawai itu sendiri suruh saya tengok tong ais krim dalam tu rasa macam kembang tekak.
“Pakcik warga asing tu sedikit kurang ajar dengan pegawai tu sebab tak nak bagi kerjasama atas alasan cari makan untuk anak, tapi hakikatnya, pegawai tu dah banyak kali tegur supaya tak menjual lagi dekat kawasan situ sebab (ramai) tempat kanak-kanak main di taman mainan (playground) dan skateboard takut terlanggar ke apa.
“Akhirnya, terkena juga kali ni, kotor pula tu,” katanya.

Ada pengguna di TikTok turut kongsikan mengenai kejadian sama
Perkara sama turut tular dikongsikan oleh Azmiza Abdul Aziz di TikTok yang meminta orang ramai untuk berhati-hati apabila membeli ais krim di kawasan tersebut.
Untuk makluman penggunaan tong cat untuk menyimpan bahan makanan adalah tidak wajar kerana cat mengandungi banyak bahan kimia dan boleh membahayakan kesihatan sekiranya dijadikan sebagai tempat menyimpan makanan.
Selain itu, tong cat itu juga tidak mencapai standard piawaian yang bersesuaian untuk digunakan bagi mengendali bahan makanan seperti yang ditetapkan oleh KKM.
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan berasa jijik apabila melihat ais krim itu disimpan dalam tong cat terbabit.
Malah ada yang berpendapat orang ramai tidak digalakkan memberi sokongan kepada peniaga warga asing.
“Saya pernah kena juga, jijiknya dapat tahu dia letak ais krim dalam tong cat”

“Wei euww. Tapi ais krim bawa atas motor ni bagai memang saya tak beli. Saya ada isu tak percaya dekat mana dia orang simpan. Peti ais bersih ke tak.”

“Jangan support jangan kesian. Lagi kesian lagi dia orang naik kepala. Tolong lah Malaysian.”

“Korang jangan lah beli dekat dia orang ni, sumpah kebanyakannya memang pengotor.”



![Siap Tolong Susunkan Kasut Di Rumah Pelanggan, Rider Makanan Ringan Tulang Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/rider-susun-kasut-1.jpg?t=1783584998)
