Tular Warga Emas Sambut Birthday Seorang Diri, Ini Sebenarnya Yang Berlaku [Video]

LocalEntertainment
21 Feb 2025 • 5:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bagi kebanyakan orang, hari lahir merupakan hari yang paling dinantikan. Manakan tidak, itulah hari istimewa bagi meraikan kelahiran kita di dunia ini.

Ada yang merancang untuk meraikannya secara besar-besaran namun ada juga yang sekadar mahu menyambutnya secara kecil-kecilan.

Sudah pastilah hari istimewa itu diraikan bersama insan tersayang. Namun, tidak semua bernasib baik untuk meraikannya bersama ahli keluarga atau rakan-rakan disebabkan faktor tertentu seperti kekangan masa.

Warga Emas Nyanyi Lagu & Potong Kek Hari Jadi Seorang Diri

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang warga emas menyambut hari kelahirannya seorang diri.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @hussin.yaacob, warga emas yang dikenali sebagai Hussin itu dilihat memberi ucapan kepada dirinya sendiri sebelum memotong kek hari jadi berkenaan.

“Assalamualaikum, selamat hari lahir, selamat hari jadi,” katanya.

Malah, dapat dilihat kek hari jadi yang berwarna kuning cair tertera nama warga emas berkenaan iaitu Haji Husain bin Yaakob.

Ramai Terharu Lihat Warga Emas Sambut Hari Jadi Seorang Diri

Video yang telah mendapat 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh apabila melihat warga emas itu menyambut hari jadinya seorang diri.

Malah, ada yang mengucapkan selamat hari jadi dan memanggilnya dengan gelaran abah sebagai mengingati bapa mereka yang telah pergi serta tidak mahu warga emas itu berasa keseorangan.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-66, Memang Suka Rekod Video Sendiri

Namun, rupa-rupanya ada kisah di sebalik sambutan hari jadi warga emas itu.

Menerusi temu bual penyampai radio Era Fm bersama Pak Cik Hussin dalam segmen 3 Pagi Era, rupa-rupanya ketika dia merakam video berkenaan, isterinya telah pergi ke klinik manakala ada anak yang bekerja di Kuala Lumpur dan bersekolah.

Jelas Pak Cik Hussin, dia sememangnya gemar merakam video seorang diri dan kek tersebut dibeli olehnya sendiri sempena ulang tahun kelahiran yang ke-66.

Malah, difahamkan ahli keluarga Pak Cik Hussin juga sempat menitipkan ucapan hari jadi buat dirinya.

@era.je

Dah terjawab dah teka-teki netizen selepas viral sebuah video seorang pak cik menyambut hari lahir keseorangan. Ramai yang sebak tengok video tu dan ada yang komen pak cik tu ingatkan diaorang kat ayah diaorang yang telah pergi. Sebenarnya Tuan Haji Hussain ni memang suka rekod video dia sendiri, kebetulan isteri dia pergi klinik, lepastu anak-anak semua ada yang kerja di KL dan bersekolah lagi. Itu yang dia sambut birthday sorang-sorang tu. Selamat Hari Lahir Abah Online kami, inshaallah nanti geng #3PAGIERA akan hadiahkan abah baju raya ok. 😭 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Selamat Hari Jadi Abah, Semoga Abah Dipanjangkan Umur, Murah Rezeki & Sihat Selalu”

image is not available

“Selamat Hari Lahir Pak Cik! Semoga Allah Kurniakan Kesihatan yang Baik-Baik, Umur Yang Panjang”

image is not available

“Hari Jadi Kita Sama Pak Cik, Saya Pun Beli Kek Kecil Sambut Sorang-Sorang Sambil Kerja”

image is not available

“Selamat Hari Jadi Pak Cik!”

image is not available

“Sekurangnya Kita Tahu Rakyat Malaysia Ramai Yang Berhati Lembut & Penyayang”

image is not available

Source: