
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (21 Februari), tular di media sosial rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki terhadap kanak-kanak perempuan.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah masjid yang terletak di Batang Kali, Selangor itu, lelaki berkenaan dilihat menyelinap masuk ke bahagian solat wanita sebelum memeluk dan mengangkat mangsa yang berada di saf paling belakang.
Menerusi video berasingan, kelihatan lelaki berkenaan seolah-olah cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa berdasarkan reaksi kanak-kanak itu yang meronta dan menangis.
Insiden itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan.
Namun difahamkan, polis sedang menjalankan siasatan sebaik menerima laporan kejadian berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan ‘Cabul’ Budak Perempuan Dalam Masjid Ketika Solat Subuh, Polis Jalankan Siasatan [Video]
Remaja 19 Tahun Ditahan Polis Kerana Disyaki Mencabul
Terbaharu, seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan sewaktu solat subuh di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, pihaknya menerima laporan pada jam 8.19 pagi tadi.
“Suspek warga tempatan berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya yang dipetik dari Kosmo.
Permohonan Reman Akan Dilakukan Esok
Tambah Ahmad Faizal lagi, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu bagi proses permohonan reman esok (22 Februari).
Malah, dia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil memberikan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6065 1021.
Terdahulu, insiden berkenaan turut mendapat perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang turut berkongsikan video itu di Instagram miliknya.
Sama seperti orang lain, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berharap agar pihak polis segera menahan dan menangkap pelaku terbabit.
Baca Artikel Berkaitan :
Source:

