Tular WhatsApp Pemain Kelantan FC, Ada Yang Ugut Nak Hisap G*m Sebab Gaji Tertunggak?

Entertainment
5 Jan 2024 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, bola sepak antara sukan kegemaran rakyat Malaysia, namun satu khabar angin berkenaan pasukan bola sepak tempatan membuatkan ramai yang terkedu.

Baru-baru ini, satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikatakan perbualan di antara pemain-pemain Kelantan FC tular di media sosial.

Dalam screenshot tersebut, beberapa individu yang difahamkan pemain Kelantan FC meluahkan penderitaan mereka disebabkan gaji yang masih tertunggak.

image is not available

Lebih menyedihkan, ada dalam kalangan pemain-pemain pasukan dari pantai timur itu seakan mengugut untuk menghisap gam kerana terlalu tertekan kerana pihak pengurusan masih tidak menyelesaikan isu gaji tertunggak pemain pasukan itu.

“Assalamualaikum, sikit lagi saya nak hisap gam ini, tolong suggest sikit Encik Norizam (pemilik Kelantan FC) gam apa yang best,” tulis seorang pemain.

Selain itu, ada juga yang mengatakan kenderaan mereka hampir ditarik oleh pihak bank susulan isu tersebut.

image is not available

Dalam tangkap layar itu juga, difahamkan Norizam Tukiman yang merupakan pemilik kelab The Red Warriors itu tidak dapat dihubungi meskipun masih mempunyai akaun WhatsApp.

Pun begitu, pemilik kelab itu sebelum ini menjelaskan gaji tertunggak tujuh pemain pasukan tersebut telah dilunaskan pada Ogos lalu.

Hmm, apa kes pulak ni?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.