Tular Zarina Anjoulie ‘Bertekak’ Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Ketika Rakaman Podcast [Video]

EntertainmentLifestyle
11 Nov 2026 • 1:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita, Zarina Anjoulie atau juga dikenali sebagai Anju.

Keberanian dan kelantangannya dalam menyuarakan sesuatu perkara sememangnya menjadi perhatian.

Zarina Anjoulie Bertengkar Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Dalam Bahasa Cina

Semalam (10 Oktober), tular di media sosial rakaman video yang memaparkan pelakon drama sensasi itu bertengkar dengan salah seorang pelanggan di sebuah restoran mamak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh beberapa warganet di Threads, kelihatan Anju sedang menjalani rakaman dan ditemu bual dalam sebuah siaran audiosiar (podcast), Netizen Corner.

Sewaktu sedang menjawab soalan yang diajukan oleh hos podcast terbabit, Anju secara tiba-tiba berdiri dan menjerit ‘diam’ serta menegur pelanggan yang berada di dalam restoran berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah pelakon itu memarahi pelanggan terbabit dalam bahasa Mandarin.

Malah, Anju kemudiannya dilihat terus bangun dan menghampiri meja wanita tersebut sebelum ditenangkan oleh individu lain.

Netizen Terjemah Dialog Percakapan, Dakwa Anju Tegur Pelanggan Kerana Buat Bising Ketika Rakaman

Menerusi perkongsian warganet yang menterjemah dialog percakapan Anju bersama pelanggan itu, pelakon kontroversi itu difahamkan menegur pelanggan berkenaan yang membuat bising ketika sesi rakaman podcast berlangsung.

Namun, kenyataan Anju dibalas oleh pelanggan berkenaan yang mendakwa restoran itu bukanlah kediaman pelakon berkenaan apatah lagi ia merupakan tempat awam yang membolehkan dia menjalankan rakaman.

Pun begitu, Anju kemudian mempertahankan diri dan meminta agar pelanggan berkenaan bertindak profesional dan memahami tugas yang dilakukan.

Berdasarkan rakaman video tular, kejadian dipercayai berlaku di Restoran Shariff Maju di Cyberjaya namun tarikh dan masa tidak disertakan.

View on Threads

Anju Jelas Dirinya Tidak Suka Diprovok

Mengulas mengenai kejadian itu, Anju dalam satu hantaran di Instagram menjelaskan dirinya tidak boleh di provok.

“Aku satu je, pantang orang provoke aku. Kau nak gaduh, jom gaduh. Kau jangan nak provoke aku, bila aku datang, kau tak berani bangun pun.

“Last-last aku dapat tahu aunty bus ni memang pailang (bermasalah). Ha silap hari la kau nak cari pasal dengan aku. Dia maki aku Bahasa Cina, ingat aku tak faham, silap orang,” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Perselisihan Faham Anju & Pelanggan Cetus Perdebatan Warganet

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sebaik melihat kejadian berkenaan.

Ada warganet yang memihak kepada pelanggan wanita terbabit dan berpendapat rakaman tersebut tidak sesuai dilakukan di restoran berkenaan.

Apatah lagi lokasi itu sememangnya menjadi tempat tumpuan ramai untuk menjamu selera.

Pun begitu, ada yang memihak kepada Anju dan berpendapat pelanggan wanita itu seharusnya memahami situasi yang dialami oleh pelakon berkenaan.

Sebagai info, ada premis yang melarang sebarang aktiviti rakaman atau penerbitan menggunakan peralatan kamera profesional seperti kamera DSLR atau mirrorless tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Pun begitu, podcast berkenaan dipercayai sudah mendapat kebenaran memandangkan terdapat logo restoran terbabit pada empat episod pertama podcast Netizen Corner.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Kurang Ajarnya Anju. Kenapa Eh Ramai Orang Support Dia Tengking, Diam Dekat Pelanggan Lain. Kenapa Dia Rasa Entitled Sangat”

Image from: Tular Zarina Anjoulie ‘Bertekak’ Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Ketika Rakaman Podcast [Video]

“Tak Tahu Kenapa Aku Rasa, Aku Sokong Aunty Tu. Betul La Apa Aunty Tu Cakap, Ini Tempat Makan Public, Orang Nak Makan, Borak. Yang Diorang Pergi Buat Podcast Buat Apa, Memang La Bising”

Image from: Tular Zarina Anjoulie ‘Bertekak’ Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Ketika Rakaman Podcast [Video]

“Tak Backup Sesiapa Tapi Itukan Kedai Mamak, Biasa La Kalau Bising. Kalau Nak Senyap, Buda Podcast Dekat Library Atau Dalam Kereta”

Image from: Tular Zarina Anjoulie ‘Bertekak’ Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Ketika Rakaman Podcast [Video]

“Saya Sebenarnya Impressed Anju Cakap Mandarin Dengan Lancar”

Image from: Tular Zarina Anjoulie ‘Bertekak’ Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Ketika Rakaman Podcast [Video]

“Kadang-Kadang Aku Perlukan Anju Punya Semangat Dalam Kehidupan Yang Penuh Pancaroba Ini”

Image from: Tular Zarina Anjoulie ‘Bertekak’ Dengan Pelanggan Di Kedai Mamak Ketika Rakaman Podcast [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah..Aku Dah Cerai, Best Day Of My Life” – Zarina Anjoulie

Baca Artikel Berkaitan: “Aku Kahwin Terlalu Cepat” – Zarina Anjoulie Dedah Punca Penceraian [Video]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved