“Tulislah Apa Nak Tulis Untuk Aibkan Orang Tapi Jangan Cerita Benda Palsu” – Rozita Che Wan

LocalEntertainment
11 Dec 2024 • 9:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan tampil memberi respon namun enggan mengulas lanjut mengenai isu hutang RM1 juta yang belum dilunaskan kepada Majlis Amanah Rakyat.

Nasihat Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ini, orang ramai tidak perlu menggembar-gemburkan cerita palsu dengan membuta tuli.

Katanya lagi, dia tidak kisah dengan sebarang laporan media selagi tidak jatuh hukum fitnah.

Tak kisah apapun cerita (laporan) ingin dipamerkan tapi jangan cerita benda palsu.

Tulislah apa kalian nak tulis untuk aibkan orang tapi jangan cerita tak betul. Itu sahaja saya minta.

Sebelum ini, kecoh apabila media melaporkan rumah Che Ta telah diserbu pihak Mara kerana kegagalan pelakon itu membayar hutang pinjaman dari agensi itu yang berjumlah hampir 1 juta.

image is not available

image is not available

Pihak Mara juga dilihat menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Hanya kelibat ibu pelakon tersebut dilaporkan berada di rumah ketika serbuan dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Kali Kedua Datang Ke Rumah, MARA Sita Barang Tidak Sampai RM100,000 Dalam Rumah Che Ta