Tumblr Sedang Membangunkan Versi Web Dengan Rekaan Seumpama Twitter

TechnologyDigital
9 Jun 2023 • 8:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tumblr, sebuah perkhidmatan sosial yang kini dimiliki oleh syarikat sebalik WordPress, kini dilihat sedang membangunkan rekaan antaramuka web yang baharu, dimana rekaan baharu ini hadir seumpama rekaan web Twitter.

image is not available

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses penemuan kandungan pada platform tersebut, dan pada masa yang sama mungkin menarik lebih ramai dalam menggunakan platform tersebut.

Buat masa ini, antaramuka baharu ini dalam proses pembangunan lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan rekaan web baharu Twitter ini?