Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K

7 Oct 2022 • 9:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditumbuk ‘kekasih gelap’ isteri

Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K. Dilaporkan seorang penjawat awam dari Kuching telah dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret apabila didapati bersalah menumbuk seorang lelaki setelah ditemui bersama isteri lelaki berkenaan.

Difahamkan, mangsa mendapati isteri keduanya hanya memakai seluar dalam semasa ditemui dengan suspek dalam bilik mereka.

image is not available
Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K

Ditemui bersama isteri dalam bilik tidur

Menurut laporan, suspek, Mohd Saufi Safri, 30, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki berusia 54 tahun pada 2 Jun lalu sekitar jam 12:40AM di sebuah rumah di Jalan Puncak Borneo.

Difahamkan, mangsa menemui suspek di dalam bilik tidurnya bersama isteri mangsa setelah menyedari tentang hubungan sulit itu daripada kenalan di kawasan perumah tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Ketika berdepan dengan suspek, suspek bertindak menumbuk muka mangsa dan turut mengakibatkan pergaduhan.

Kejadian tersebut turut disaksikan oleh anak mangsa dan mangsa kemudian membuat laporan polis, di mana suspek ditahan pada 4 Oktober lepas.

Didenda saman RM5,000 atau penjara 10 bulan

Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung dan mulutnya, serta patah tulang hidung akibat daripada pergaduhan berkenaan.

Suspek, yang didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Lagi di sini: