[VIDEO] Suami Pandu Kereta Sambil ‘Stim’ Hisap Gam, Siap Bawa Anak Bini Sekali?

Entertainment
7 Oct 2022 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu bapa merupakan contoh terdekat kepada seorang anak lebih-lebih lagi dari aspek perbuatan kerana mereka sering dilihat sebagai seorang idola oleh si anak.

Pagi tadi, telah tular sebuah video di laman sosial Facebook tentang seorang pengguna yang memuat naik video pasangan suami isteri berada dalam keadaan lalok setelah menghidu sesuatu bahan yang diletakkan di dalam plastik.

Anda boleh melihat sumber asal di sini.

Dipercayai bahan yang mereka sedang hidu adalah gam yang diletakkan ke dalam plastik dan disyaki mereka berada dalam keadaan ‘stim’ atau khayal.

Menurut perakam video berkenaan, dia berasa kesal dan terkejut apabila mendapati si isteri sedang mengendong anaknya di tempat duduk penumpang kereta tersebut.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan marah kepada pemandu tersebut dan ada juga yang bimbang akan keselamatan kanak-kanak tersebut.

image is not available

image is not available

Ada juga pengguna jalan raya yang risau jika pemandu berkenaan bertindak di luar kawalan kerana dia berada di bawah pengaruh dadah.

image is not available

Sehingga kini masih belum ada laporan dari pihak berkuasa tentang perkara berkenaan. Sebagai ibu bapa kita kena menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita dan mendidik mereka ke jalan yang betul.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.