‘Tumpangkanlah doa untuk kesembuhan’ – Anak Amyza Aznan hidap kanser paru-paru tahap 3

LocalEntertainment
16 Feb 2025 • 4:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon, Amyza Aznan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre Mikhail.

Menerusi hantaran di Instagram, Amyza berkongsikan khabar duka memaklumkan tentang Andre Mikhail yang telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

“Saya tidak tahu ayat apa yang harus saya mulakan. Anak saya, Andre Mikhail telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Air dari paru-paru dah masuk ke jantung,” tulisnya.

Amyza juga berkongsikan, semangat anaknya kuat. Ketika ditolak ke ICU, Andre sangat tenang dan jururawat yang bertugas juga memaklumkan perkara yang sama.

“Ketika ditolak ke ICU, dia sangat tenang. Mata yang tenang dan semua jururawat pun cakap sangat kuat.

“Saya merayu tumpangkanlah doa dari semua untuk keajaiban dan kesembuhan anak soleh saya, Andre Mikhail,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mentipkan semangat buat Amyza dan mendokan kesembuhan anaknya. Beberapa selebriti terkenal juga tidak terkecuali mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat Andre Mikhail.