
KERAJAAN Sabah menekankan dan terus memberi tumpuan kepada pembangunan dan budaya sains, teknologi dan inovasi (STI), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, bagi menggalakkan budaya dan penggunaan STI di peringkat akar umbi, Kerajaan Negeri dengan bantuan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) telah melaksanakan beberapa program baharu seperti Program Jelajah KSTI SMJ, Anugerah Sains Sabah, Program Jelajah Astronomi Sabah dan Sabah Malaysia Techlympics 2023.
Menurutnya, Sandbox Digital Internet of Things (IoT) pertama di Borneo beroperasi sepenuhnya di Kota Kinabalu yang bertujuan menggalakkan komuniti kreatif dan inovatif, seterusnya meningkatkan pengkomersilan inovasi tempatan.
“Kerajaan Negeri juga akan meneruskan program inovasi masyarakat luar bandar melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat e-Desa. Kita juga merancang untuk menubuhkan Pusat Sains dan Inovasi di setiap zon.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Projek yang kini dalam proses pelaksanaan termasuk pembinaan Pusat Sains dan Ruang Maker di cawangan Perpustakaan Negeri Sandakan dan Tawau.
“Dengan itu Kerajaan Negeri akan mewujudkan lebih banyak perpustakaan di negeri ini yang dilengkapi dengan bahan bacaan dan sumber rujukan terkini berkaitan STI,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Minggu Sains Kebangsaan (MSN) Peringkat Negeri Sabah 2023 dan Malaysia Techlympics peringkat Zon Sabah 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, 24 Ogos.
Ucapannya dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Ketua Menteri berkata pelaksanaan Malaysia Techlympics 2023 adalah pertandingan berasaskan STI yang direka untuk menarik minat pelajar dan belia khususnya dalam mempelajari teknologi terkini dan mengaplikasikannya secara lahiriah melalui penciptaan inovatif seperti robotik dan dron.
Menurutnya, jumlah peserta Malaysia Techlympics di Sabah meningkat kepada 78,884 orang tahun ini, daripada 31,955 pada 2020.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan menggalakkan inisiatif yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Persekutuan (Mosti).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

