Tun Daim Zainuddin Meninggal Dunia

LocalPolitics
13 Nov 2024 • 10:01 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan peguam beliau, Gurdial Singh Nijar.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Ya. Benar dia meninggal dunia. Pengebumian dibuat pagi ini.

“Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut,” kata Gurdial dipetik Malaysiakini.

Daim pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali iaitu dari 1984 hingga 1991, dan pada 1999 hingga 2001.

Allahyarham juga memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Source: