Tun M ajak tiga tokoh bahas terbuka isu ART

LocalPolitics
12 Dec 2025 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Dr Mahathir
image is not available
Tangkap layar hantaran Tun di Facebook pada Jumaat.

 

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas Ketua Polis Negara dan Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia untuk berbahas secara terbuka mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Ia berikutan Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, Tan Sri Razarudin Husain dan Md Shah Yassin baru-baru ini menegaskan bahawa perjanjian tersebut tidak menggadai kedaulatan negara.

“Wah!! Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.

**media[3369630]**

 

“Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan, ketiga-tiga tokoh keselamatan negara itu berpendapat bahawa ART tidak menjejaskan kedaulatan negara dalam satu sesi taklimat khusus Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani ART pada 26 Oktober lalu sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Melalui pemeteraian itu, kadar tarif purata terhadap negara diturunkan dari 25 peratus kepada 19 peratus.