Tun M, Azmin, Muhyiddin Dikecam Hebat Di Konvensyen Pilihanraya PKR

Politics
27 Aug 2022 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Muhyiddin Yassin, Mohamed Azmin Ali dan Dr Mahathir Mohamad - Gambar Fail

SHAH ALAM - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima kecaman hebat sewaktu gambarnya ditayangkan pada Konvensyen Pilihanraya PKR. 

Turut menerima nasib sama ialah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika era pentadbiran PH sebagai kerajaan Persekutuan yang berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ditayangkan pada sesi video.

Perwakilan PKR dan akar umbi dari seluruh negara dilihat masih tidak boleh menerima perbuatan Azmin serta Muhyiddin yang menggerakkan Langkah Sheraton sehingga menjatuhkan parti itu dan Pakatan Harapan (PH). 

Tindakan mantan Timbalan Presiden PKR itu masih segar di ingatan ahlinya, sekali gus menyebabkan beliau dianggap sebagai pengkhianat kepada PKR dan mandat rakyat. - Getaran, 27 Ogos 2022