Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

27 Jan 2026 • 6:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada awal Januari, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa keluar untuk bersiar-siar.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusuf berkata, Dr Mahathir dibawa ke sebuah kafe di pusat beli belah Pavillion Damansara di sini.

Katanya, Tun M ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Ezani Md Taib dan beberapa pegawai perubatan institut berkenaan.

“Mereka menghabiskan masa selama 40 minit dan untuk ‘outing’ pertama ini, Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas coklat ais,” katanya.

image is not available

Sufi berkata, Tun M dimasukkan ke IJN 6 Januari lalu, bagi menjalani rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, menyebabkan tulang pinggul kanannya patah.

Tokoh berusia 100 tahun itu kemudiannya jelas beliau, dibawa semula ke IJN dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah. 

“Dr Mahathir dan akan terus menerima rawatan di IJN dan lawatan masih lagi terhad kepada keluarga terdekat,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved