Tun M Keletihan Selepas 30 Minit Berbasikal

LocalHealth & Fitness
13 Jul 2025 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tun M Keletihan Selepas 30 Minit Berbasikal

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan meninggalkan sebuah program santai lebih awal pada pagi Ahad selepas berasa letih.

Dalam sebuah video yang kini tular, kelihatan Tun M keletihan dan berehat di sebuah kerusi selepas selesai berbasikal selama kira-kira 30 minit.

Beberapa individu turut dilihat membantu beliau dengan mengipas dan mengurut lembut tengkuk Tun M. Kedengaran juga beberapa individu yang meminta orang ramai untuk memberikan ruang demi keselesaan Tun M.

@junemrsfiraida

TunM selepas berkayuh basikal hampir 30 minit.

♬ original sound – Junemrsfiraida – Junemrsfiraida

Menurut laporan, Tun M tiba di lokasi seawal pagi dengan memandu sendiri.

Beliau kemudian menyertai aktiviti kayuhan basikal mengelilingi Tasik Putrajaya sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, diiringi oleh pegawai keselamatan sepanjang laluan.

Selesai berbasikal, beliau dilihat keletihan dan berehat sebentar sebelum mengambil keputusan untuk pulang bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sekitar jam 10 pagi untuk berehat di rumah.

@junemrsfiraida

Replying to @Nik Wafdi getting better dgn bantuan paramedik. Then dapat ke meja untuk bersarapan bersama Tun Dr Siti Hasmah selepas tu.. about 15 minit tunM beransur pulang..tu sebaik2nya kita doakan bersama TunM rehat kembali sihat dan cerdas utk beraktivitas seperti biasa.

♬ original sound – Junemrsfiraida – Junemrsfiraida

Untuk makluman, program santai yang berlangsung di Tasik Putrajaya, bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan sempena sambutan hari lahir Tun M yang ke-100 pada 10 Julai lalu serta hari lahir isterinya yang ke-99 pada 12 Julai.

Program tersebut dihadiri lebih 500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ramai yang membawa juadah masing-masing untuk bersarapan bersama keluarga secara santai di tepi tasik.

Di media sosial, ramai warga maya menyatakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan Tun M, memandangkan beliau masih aktif berbasikal meskipun sudah berusia 100 tahun.

Rata-rata netizen berharap agar beliau dapat berehat secukupnya dan tidak lagi melakukan aktiviti berat yang boleh menjejaskan kesihatannya.