Tun M sedia jumpa Menteri Perpaduan

Politics
17 Jan 2024 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Mahathir, Aaron

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia berjumpa dengan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang seperti mana dicadangkan susulan kenyataan beliau yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

"Saya harap dia datang," katanya menerusi hantaran di platform X pada Rabu.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih 'terikat' dengan negara asal mereka.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Dr Mahathir turut mempersoalkan kewujudan parti berasaskan kaum yang wujud di negara ini.

"Yang asyik bercakap tentang multiracial dan kritik saya berkenaan isu berkaitan kaum harus bertanya kenapa wujud parti-parti berasas kaum dalam negara ini. Kenapa tidak cuma wujud parti Malaysia.

"Ada parti yang dakwa mereka parti multiracial tetapi bekas pemimpin mereka kata parti itu fake multiracial, iaitu palsu," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved