Tun Mahathir Akhirnya Muncul Lepas 22 Hari Di IJN, Sempat Nikmati Kopi Di Pavilion Damansara

LocalHealth & Fitness
27 Jan 2026 • 1:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan terus menunjukkan perkembangan positif apabila beliau dilihat keluar menikmati kopi selepas 22 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan oleh Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, yang memaklumkan Tun M meluangkan masa sebentar di Pavilion Damansara.

Selepas 22 hari menerima rawatan di IJN, beliau keluar menikmati kopi sebentar di Pavilion Damansara.

Ketika ini, beliau masih menerima rawatan di IJN.

Keadaan kesihatan Tun M terus positif

image is not available

Sebelum ini, proses pemulihan Tun Dr. Mahathir yang dirawat di IJN ekoran patah tulang pinggul dijangka mengambil masa yang agak panjang disebabkan faktor usia.

Difahamkan juga, rawatan terbaik untuk beliau diputuskan melalui kaedah fisioterapi tanpa pembedahan.

Masih jalani rawatan, pemulihan ambil masa

image is not available

Tun Dr. Mahathir masih meneruskan rawatan di IJN bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat jatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu.


Pssttt! Kesihatan adalah nikmat paling berharga. Walau setinggi mana jawatan dan usia, rehat dan rawatan yang betul tetap keutamaan. Semoga Tun M terus diberi kesembuhan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tun Mahathir Akhirnya Muncul Lepas 22 Hari Di IJN, Sempat Nikmati Kopi Di Pavilion Damansara appeared first on Oh! Media.