Tun Mahathir Disahkan Patah Tulang Pinggul Kanan

LocalPolitics
6 Jan 2026 • 5:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tun Mahathir Disahkan Patah Tulang Pinggul Kanan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan mengalami kecederaan patah tulang pinggul kanan dan perlu menjalani rawatan serta pemantauan perubatan selama beberapa minggu.

Menurut laporan Astro Awani, perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff.

Terdahulu, Sufi mengesahkan Tun Dr Mahathir dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada kira-kira jam 9.30 pagi selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi tadi.

“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa susulan insiden tersebut, Tun Dr Mahathir telah segera dibawa ke IJN menggunakan ambulans dari kediamannya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

BACA: Pemandu Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Pesakit Mental – Polis

Sumber: Astro Awani

The post Tun Mahathir Disahkan Patah Tulang Pinggul Kanan appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved