Tun Mahathir hadir Himpunan Rakyat Bela Palestin

Politics
4 May 2024 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Mahathir hadir di Himpunan Rakyat Bela Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di ibu negara pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Himpunan Rakyat Bela Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada Sabtu.

Beliau tiba di lokasi sekitar jam 3.45 petang bagi memberi sokongan terhadap solidariti kepada Palestin.

Program anjuran Sekretariat Solidariti Palestin turut dihadiri pemimpin Pas terdiri Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Program bermula jam 2 petang dengan perarakan peserta yang berkumpul di tiga lokasi Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang, Masjid KLCC dan Masjid Ibnu Mas’ud, Kampung Datuk Keramat sebelum berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved