
TAWAU: Enam individu ditahan bersama sejumlah RM1.4 juta wang tunai dipercayai berkaitan aktiviti haram dalam serbuan Operasi Jenayah Rentas Sempadan (JRS) daerah Tawau yang dikoordinasi Eastern Sabah Security Command (Esscom) pada Jumaat.
Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, individu berusia di antara 40 hingga 47 tahun itu ditahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, beberapa peralatan seperti telefon dan dokumen serta fail-fail berkaitan turut dirampas semasa operasi tersebut yang dijalankan bersama LHDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, membabitkan 84 pegawai dan anggota.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

