Tunang Maut Selepas Beri Laluan Untuk Kereta

14 Nov 2022 • 11:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di KM22 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu pada Sabtu sekitar jam 2:15 petang, lapor Daily Express.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa, 38 tahun bersama tunangnya, 30, memandu kereta di lorong kanan tetapi beralih ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa dan tunangnya menaiki Isuzu Dmax dari Tawau ke Kota Kinabalu hilang kawalan ketika mengelak Toyota Hilux dari lorong kanan jalan.

“Kereta Hilux yang memintas kereta mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa yang cuba mengelak turut terbabas sama,” jelas Kamaruddin.

Bagaimanapun, mangsa yang cedera parah itu disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Hospital Papar.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat manakala tunangnya dan pemandu Hilux dibawa ke Hospital Queen Elizabeth.

Sementara itu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available
Gambar: Daily Express

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved