Tune Protect Melancarkan Delay Lounge Pass Untuk Pelanggan AirAsia

TechnologyDigital
23 Dec 2024 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tune Protect Group Berhad melancarkan tawaran baharu untuk pelanggan Pelan Insurans Perjalanan AirAsia dinamakan sebagai Delay Lounge Pass. Ia menawarkan akses kepada lebih daripada 1500 lounge (ruang rehat) lapangan terbang di seluruh dunia apabila penerbangan tertangguh selama dua jam atau lebih.

image is not available

Ia tersedia secara eksklusif untuk pelanggan yang membeli salah satu pelan Insurans Perjalanan AirAsia yang termasuk Value Pack, Premium Flex, dan AirAsia Plus untuk penerbangan yang berlepas dari atau tiba di Malaysia dan Thailand. Dengan Delay Launge Pass juga pengalaman menunggu akan lebih selesa melalui kemudahan yang disediakan seperti Wi-Fi berkelajuan tinggi, stesen pengecasan dan pelbagai perkhidmatan lain termasuk rawatan spa dan diskaun di restoran. Ia sedikit sebanyak dapat bantu mengurangkan keresahan yang berkaitan dengan kelewatan perjalanan, malahan pelbagai kemudahan disediakan turut boleh membuatkan pelanggan lebih santai sewaktu tempoh menunggu.

image is not available

Untuk mengakses, pelanggan perlu membeli pelan Insurans Perjalanan AirAsia terlebih dahulu (sama ada Value Pack, Premium Flex, atau AA Plus) semasa menempah penerbangan mereka. Selepas membeli insurans, pelanggan akan menerima email pengesahan dengan kod bagi tujuan pendaftaran untuk Delay Lounge Pass. Sekali lagi email pengesahan akan diberikan untuk mana-mana pendaftaran yang berjaya. Para pelanggan yang mengalami isu penerbangan tertunda sekurang-kurangnya dua jam akan menerima Delay Lounge Pass secara automatik semasa ketibaan di lapangan terbang, dan boleh digunakan serta-merta.